Berita ni aku baca dalam Kosmo semalam pasal Manohara dan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail.
Pada 5 November lepas Manohara Odelio Pinot, kalah saman malu Tengku Temenggong selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan perintah ingkar kepada beliau. Dalam saman RM 105 juta, Manohara gagal hadir dan melantik peguam.
Semalam Mahkamah TinggiĀ Syariah mengarahkan Manohara membayar hutang sebanyak RM 1,112,250 kepada suaminya Tengku Muhammad Fakhry dan kembali taat. Jika tidak beliau akan menjadi isteri derhaka atau nusyuz dan tidak layak mendapat apa-apa keistimewaan lain. Beliau diberi masa 14 hari untuk kembali taat selepasĀ Tengku Muhammad Fakhry melafazkan sumpah Yamin Istizhar. Hutang pula perlu dijelaskan dalam masa 30 hari.
Namun mengikut ibunya Manohara, Daisy Fajarina, beliau tidak akan kembali ke Malaysia apabila taat sebagai isteri kepada Tengku Temenggong. Malah mereka telah melantik peguam untuk mengheret Tengku Temenggong ke Mahkamah Antarabangsa atas tuduhan atas kes penderaan Manohara. Kejadian penderaan itu dengan jelas dinafikan oleh pihak Tengku Temenggong. Tindakan ini diambil kerana mereka merasakan mereka tidak akan mendapat keadilan di Malaysia.
Mereka menyatakan lagi mereka tiada masalah untuk membayar hutang yang dituntut dan mahukan Tengku Muhammad Fakhry datang ke Indonesia untuk mendapatkan duit tersebut.
Tags: bayar hutang., Daisy Fajarina, keadilan, Mahkamah Syariah, Manohara, Tengku Muhammad Fakhry, Tengku Temenggong Kelantan


Manohara minta suami kemuka bukti
MANOHARA
JAKARTA – Bekas model, Manohara Odelio Pinot meminta suaminya, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry supaya tidak bercakap tetapi mengemukakan bukti kukuh sekiranya benar dia berhutang dengannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Manohara, 18, menegaskan bahawa dia tidak akan menuruti keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan yang mahunya kembali ke pangkuan suaminya dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman.
“Saya cuma manusia biasa. Saya berhak untuk berasa aman dan bebas daripada ketakutan.
“Perasaan itu tidak saya dapat dirasai sepanjang saya berada di Kelantan.
“Justeru, kenapakah saya harus pulang,” katanya seperti yang dipetik daripada akhbar Fajar di Jakarta.
Menurut Manohara, beliau hanya akan berdiam diri mengenainya dan tidak akan memfailkan sebarang tindakan susulan kerana bertekad tidak mahu kembali menjejakkan kaki ke Malaysia.
“Lebih baik saya diamkan saja. Walau apa pun keputusan mahkamah di Malaysia, ia tidak akan menjejaskan kedudukan saya di Indonesia.
“Kalau mahu menuntut saya pulang, mereka (Fakhry) yang harus datang ke sini,” jelasnya. – Agensi