Did you know you are using an outdated browser?

Antara Buat Bayi dan Buat Duit

Saudagar bayi

Saudagar bayi

Hebatnya seorang aunty buat duit. Pujuk perempuan-perempuan sundal yang termengandung anak luar nikah agar serahkan baby mereka untuk dijadikan anak angkat. Bayar an ciput pada sundal tersebut RM 2,000.00 dan jual balik baby tersebut dengan harga RM 20,000. Tanpa modal besar boleh dapat untung lumayan.

Aunty tersebut yang tinggal di Banting akan menawarkan perlindungan kepada perempuan hamil luar nikah dan dijanjikan RM 5,000.00. Kononnya anak tersebut akan diserahkan kepada mereka yang tak ada anak untuk dijadikan anak angkat. Sebenarnya baby tersebut dijual kepada pasangan terdesak yang tidakĀ  memiliki anak dengan kadar RM 15,000.00 ke RM 20,000.00. Menyedihkan bila ibu bayi dibayar RM 2,000.00 sahaja dengan alasan baby yang dilahirkan tidak cantik dan perempuan.

Sekarang ni bukan susah untuk cari perempuan yang hamil anak luar nikah, berlambak-lambak. Kebanyakan yang diberi perlindungan bukan gadis tempatan tetapi warga asing seperti Indonesia, Vietnam dan Filipina. Mereka ini yang terjebak dengan masalah sosial sudah tentu tidak ingin memiliki anak-anak tersebut.

Sindiket yang diketuai aunty setan tersebut akan memberi perlindungan, menjaga dan membawa siibu ke klinik bersalin swasta bagi pemeriksaan berkala dan kelahiran.

Serbuan pada 4 dan 11 Disember yang dibuat oleh pihak polis berjaya menyelamatkan 5 baby dan menahan 13 suspek terdiri daripada aunty tersebut, ahli keluarganya, seorang doktor dajal dan 4 pembeli. Dua wanita Indonesia yang sarat mengandung turut ditahan.

Semalam hakim membenarkan mereka ini diikat jamin RM 15,000.00 sehingga tempoh pembicaraan.

Bayangkan apa mungkin terjadi pada bayi-bayi tersebut yang mungkin dilahirkan perempuan Islam dari Indonesia. Mungkin bayi-bayi tersebut diserahkan pada pasangan-pasangan bukan Muslim, yang sudah tentu tidak membesarkan anak-anak tersebut dengan Islam. Bagaimana dengan agama mereka?

Reblog this post [with Zemanta]

Tags: , , , , , , ,

One Response to “Antara Buat Bayi dan Buat Duit”

  • admin says:

    Ada orang yang buat macam-macam untuk dapat anak. Ada orang yang senang-senang dapat anak haram. Ada yang jual anak, ada yang buang anak.
    Jika kita tak kembali kepada Islam, ini akan berterusan berlaku. Peluang untuk berzina terbuka luas, sudah tentu peluang untuk dapat anak haram juga terbuka.
    Ini tak termasuk ayam-ayam Cina yang jual diri di pusat-pusat hiburan kat Bukit Bintang yang sepatutnya diharamkan. Kasi buka buat apa nak serbu, tutup je terus kan senang. Tapi kita punya kerajaan mana ada berani.

Leave a Comment